SHAH ALAM: Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006 merayu untuk meneruskan hidup di Australia kerana merasa tidak selamat untuk kembali ke Malaysia.
Menerusi satu wawancara eksklusif bersama Al Jazeera English 101 East yang disiarkan pada Jumaat, dia turut memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya, malah mendakwa tidak bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu meskipun telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Persekutuan.
Dakwanya, dia dijadikan ‘kambing hitam’ dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia daripada seseorang bagi menutup mulut.
“Saya merayu kepada masyarakat di sini (Australia) untuk terima saya. Saya berjanji kepada anak lelaki, saya tidak sesekali akan melanggar undang-undang di sini.
“Apa sahaja berlaku, saya mahu membina kehidupan bersama anak saya. Saya bukan orang jahat, saya cintakan Australia jauh dari lubuk hati.
“Rasa sangat tidak selamat untuk saya kembali ke sana (Malaysia), berilah peluang kedua dan satu lagi, saya mahu memohon maaf kepada keluarga Altantuya, tolong maafkan saya. Itu sahaja,” katanya kepada saluran agensi antarabangsa tersebut sejak dibebaskan dua minggu lalu dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.
Sementara itu, Sirul memberitahu, pegawai polis Malaysia telah bertemu dengannya sehari selepas dia dibebaskan dan memaklumkan Menteri Hal Ehwal Luar Australia ada menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia untuk bertanya khabar terkini.
“Mereka memberitahu beliau saya selamat, tapi saya kecewa apabila lihat berita semuanya jahat tentang saya.
“Jadi, masyarakat di sini sangat takut dengan saya kerana fikir saya berbahaya,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 25 2023
Sirul ketika wawancara eksklusif bersama Al Jazeera English 101 East yang disiarkan pada Jumaat.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
AWANI Ringkas: Faisal Halim akan jalani pembedahan keempat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Dua individu ditahan cuba masuk Istana, parang dirampas
Polis menahan dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat.
Kerajaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah KPM mulai 1 Julai - Fahmi
Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.
Remaja hilang ditemukan lemas di Sungai Besut
Seorang remaja lelaki yang tenggelam ketika mandi di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, dekat Kampung Raja di sini kira-kira 5 petang semalam, ditemukan mati lemas pagi ini.
Sokong PM: 'Saya tidak akan jawab surat Bersatu' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menyifatkan surat itu tidak membawa apa-apa makna kepadanya.
Serangan Balai Polis: PDRM pantau kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas
Saifuddin berkata, pihak polis mempunyai pengalaman selama 217 tahun, dan beliau menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan polis untuk mengurus insiden tersebut, serta terus membuat pemantauan terhadap sebarang kemungkinan kewujudan kumpulan pengganas.
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
Sirul perlu dedah dalang pembunuhan, hentikan spekulasi
Pendedahan itu penting supaya masyarakat mengetahui situasi sebenar termasuk kronologi kejadian.
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.
Sirul mohon maaf kepada keluarga Altantuya, rayu tinggal di Australia
Sirul dakwa bahaya menantinya jika kembali ke tanah air dan mengaku terima RM1 juta daripada sumber yang tidak dinamakan.
Sirul kemungkinan besar gagal dibawa pulang - Razarudin
Perbezaan peruntukan undang-undang antara Malaysia dan Australia mempengaruhi keadaan itu.
Sirul Azhar bebas tahanan imigresen Australia
Sirul Azhar telah meringkuk dalam tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.
Tiada arahan pegawai atasan untuk Sirul Azhar keluarkan senjata api - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.